| Thursday, April 19, 2007 | |||
|
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Ader [3] komen kat sini... Permalink
| |||
| Monday, October 16, 2006 | |||
|
Wah... sekejap jer rasanya... pejam celik, pejam celik, dah masuk hari ke 23 kiter berpuasa. Bagi kebanyakan kiter, ni minggu terakhir bekerja sebelum masing2 mula bercuti minggu depan. Dikesempatan ini Alang nak ucapkan selamat hari raya untuk semua. Maaf Zahir & Batin... Makan ketupat, lemang & kueh raya tu beringat sikit. Ngeh ngeh ngeh... (Peringatan utk diri sendiri gak neh) Ader [4] komen kat sini... Permalink
| |||
| Monday, September 18, 2006 | |||
|
Aku timbul sat jer ni. Amik oksigen. Hehe.....Ekceli nak jemput korang singgah ke kedai aku ni... Aku amik kesempatan ni jugak utk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin & muslimat sekelian. Ader [5] komen kat sini... Permalink
| |||
| Tuesday, September 05, 2006 | |||
|
Huish!!! Lamer giler siotss tak hapdet blog. Berhabuk, bersawang bagai dah ni. Aku rindu nak berblog-blog ni tapi apakan daya, memang keadaan tidak mengizinkan. Kununnyer aku dah insaflah daripada menggunakan waktu kerja utk berblog sakan. Ngeh Ngeh Ngeh.... Aku ni baru je masuk opis. Dari pagi sampai kul 12tghari td, kena jadi volunteer (bukan sukarela...tapi paksarela...) utk satu big event kat KL Convention Center. Lenguh giler kaki aku berdiri & berjalan ke sana-sini. Tekak pun kering asyik bercakap jerk. Dengan tak breakfastnyer... adoi. Dapat je greenlight leh balik opis, aku terus call SiDia...ajak dia lunch. Sib baik dia nak temankan. Hehehe...dgn ini, korang tahuler aku ngan SiDia masih on. Tapi gadonyer tak abis2. Penat la. Semalam pun baru gado. Jumpa td bleh plak SiDia cakap "Huh! penat je gado semalam. Hari ni elok jer lunch sama". Kitorang mkn kat Burger King je tadi. Punya lahap aku makan sampai SiDia tanya "Lapar ke?". Ahaks. Skrg ni takde mood nak buat keje... tu yg bukak blog ni. Ader [8] komen kat sini... Permalink
| |||
| Tuesday, August 08, 2006 | |||
|
Sejak akhir2 ni, bila dgr lagu Dealova ni… rasa semacam je. Sebak.. Masa lagu ni baru2 kuar dulu, kawan aku yg beriya2 suh aku dengar. Sanggup carikan mp3 dan fwd kat aku suh dengar. Best katanya. Aku pun layan…. Aku dengar sekali…Erm biasa je. Sejak minggu lepas…dah masuk kategori suker sangat-sangat. Kenapa? Khamis lepas besday SiDia yg ke-29. Sehari sebelum tu, aku dah siap2 belikan dia hadiah tie & belt. Tiba2 datang idea nak hadiahkan SiDia sebuah blog…Aku plan nak wish besday dia dlm blog tu instead of tulis kat besday card. Aku cari lagu yg seswai nak masukkan dlm blog. Then jumpa lirik Dealova ni. Hmm…bila aku amati, memang aku nak tujukan spesel utk dia. Pastu aku masukkan radioblog sekali. Selain tu, ada la ayat-ayat jiwang blond sikit. Hiks… Sempoi je lah aku buat. Cuma ada 2 entry masa tu… entry lagu Dealova tu & entry utk wish besday dia. Nasib ar kalu korang terjumpa blog tu. Aku takkan kasi link tu kat sini. Bila tiba hari tu…. Pagi-pagi aku prepare bekpes kegemaran dia. Sausage + Omelette. Tekak omputih plak org tua nih… Sebelum masuk opis, jumpa la dia kejap. Kasi makanan & hadiah. Aku dah selitkan address blog tu dalam kotak hadiah. Masuk opis, SiDia terus call. Dia cakap sukerrrrr sangat2 tie. Kebetulan seswai dgn baju yg dia pakai hari tu. Terus dia pakai tie tuh. Biler org hepi, kiter pun hepi la…ye dak? Sambil cakap2 kat phone, dia bukak blog tu… Cakap...cakap…cakap…tiba-tiba senyap. Uiks. Aku helo helo…takde suara. Aku ingat soklan terakhir dia tanya "Betul ke langkah merapuh tanpa diri ku?". Pastu senyap . Ruper-rupernyer dah jadi macam insiden Lotter berborak ngan Faizal aritu plak. Member sudah tangkap nangis. Saper tgk AF tau lah…. Tak sangka lak aku. Huhuhu… Aku plak yg jadi sebak. Hmmm… sejak tu lah, Dealova ni menjadi feberet song aku. Jangan marah aar…. Ader [14] komen kat sini... Permalink
| |||
template © elementopia
| image © istockphoto
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Santapan Jiwa Gold's Gym KL Online Dictionary .: Episod idOp Orang :. Aidura Sofiee Arena Ayu Cinta Gila Dato' & Datin Edryna Izawani Jamri Jowopinter Kak Lady Kak Sya KasutVincci Knockturnal Kuden Mamarock Mimpimoon Ontahsapo Oren Penceroboh(NBK466) Selambakodok Seorang Aku Seorang Lelaki Syikin |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
cecekodok@yahoo.com
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||